28 August 2009

BENGKEL PEMAKAIAN SERBAN

1 Ramadhan 1430 bersamaan 22.8.2009 telah berlangsung Bengkel Pemakaian Serban anjuran Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada jemaah serta penduduk-penduduk Kg Sengkarai serta Kg Serambangun, Tutong, mengikuti bengkel pada hari itu. Bengkel di kendalikan oleh Tuan Imam Hj Nuin Hj Hassan, salah seorang graduan Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan. Para peserta bengkel telah di dedahkan dengan pelbagai maklumat serta ilmu yang berkisar tentang pengertian Serban, fadilat serta cara pemakaian yang betul menurut sunnah. Di akhir bengkel, satu peraduan telah di adakan bagi membolehkan para peserta mempraktikkan cara pemakaian yang telah di ajarkan pada hari.

24 August 2009

WATASHIWA CHIEKO DES... YOROSHIKU ONEGAI SHIMAS

Pada hari Ahad yang lepas, 23.08.2009 bersamaan 2 Ramadhan 1430, Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong telah mengadakan Majlis Pelancaran Akaun Anakku Bijak Duit. Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir itu, aku terpandang dua orang gadis Jepun yang berpakaian Kimono, duduk bersimpuh penuh sopan di kalangan tetamu-tetamu wanita yang terdiri dari jemaah perempuan Balai Ibadat berkenaan.

Namanya Chieko berasal dari Shizuoka Prefecture.... daerah dimana letaknya Gunung Fuji yang di kenali di seluruh dunia itu. Pertemuan singkat itu diambil peluang oleh para hadirin merakamkan gambar kenangan bersama mereka. Pertemuan pagi itu di akhiri dengan ucapan SAYOONARA CHIEKO SAN !!
Bergambar ramai dengan AJK Majlis Pelancaran Skim Anakku Bijak Duit
Bersama keluarga Tuan Imam Hj Hamaffi
Bersama Awg Masli dan isteri