25 October 2010

HAPPY 7th BIRTHDAY MY SON

MUHAMMAD SYAHMI SUHAID BIN HAJI SUFRI

24 October 2010

HADIAH HARI JADI KU KE 39 TAHUN

PENGURNIAAN PINGAT KEBESARAN BRUNEI,

PINGAT INDAH KERJA BAIK (P.I.K.B)

SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE-64 TAHUN

DI BALAI SINGGAHSANA INDERA KENCHANA,

ISTANA NURUL IMAN PADA 23.10.2010

PELADANG KECIL

MY BIRTHDAY GIFT TO MY WIFE

19 September 2010

14 August 2010

NIKON D90 (BODY) UNTUK DI JUAL

Memandangkan pada tahun ini, saya sudah jarang sekali dapat meluangkan masa untuk keluar menggambar samada secara solo mahupun bersama kawan-kawan, maka saya mengambil keputusan untuk menjual Nikon D90 (body) yang baru berusia 2 tahun pada 28hb Julai yang baru lalu dengan harga $1,000. Camera tersebut amat jarang sekali saya gunakan sejak pertama kali membelinya, entah kenapa saya membelinya dulu, sedangkan saya sudah ada Nikon D80 yang juga jarang di gunakan.

Pembeli camera ini nanti akan turut memiliki sebuah beg NIKON, memory card 4GB, sebiji battery, battery charger dan cable . Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli camera tersebut, sila terus menghubungi saya melalui SMS di talian 8804804.
Bagi pembeli yang membeli D90 ini sebelum 21/8/2010 , harganya akan di turunkan ke $800 sahaja ( desperate sangat nak cash ).
ITEMS ARE SOLD ( 18.8.2010 )


12 July 2010

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN JEMAAH LELAKI BALAI IBADAT KG SENGKARAI TUTONG

TUTONG, Ahad, 11hb Julai 2010 - bertempat di Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong, telah di adakan Majlis Khatam Al-Qur'an bagi kira-kira 20 orang jemaah lelaki Balai Ibadat berkenaan yang telah berjaya menamatkan pengajian kelas Al-Qur'an mereka yang di adakan dua kali seminggu. Majlis tersebut juga di sempenakan dengan sambutan memperingati Israk Mikraj.
Menurut Pengerusi Majlis yang juga merupakan Ketua Imam Balai Ibadat berkenaan, Tuan Hj Hamaffi bin Md Yassin, majlis tersebut adalah merupakan kali pertama di adakan oleh Jawatankuasa Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong bagi peserta-peserta kelas Al-Qur'an balai ibadat berkenaan semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2007.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Tuan Hj Deli bin Hj Raya, siapa yang mengetuai bacaan surah Al-Fatihah di majlis tersebut. Turut hadir, Ketua Kg. Sengkarai, Awg Hj Abd Mumin bin Abd Razak, ahli-ahli jawatankuasa takmir Balai Ibadat Kg Sengkarai, para jemaah serta keluarga peserta-peserta yang di raikan. Majlis di serikan lagi dengan persembahan Marhaban oleh semua yang hadir.