Karnival RTB Bersama Biskita telah beralangsung di Hua Ho, Petani Mall, daerah Tutong pada 13 dan 14hn Jun 2009. Berbagai acara hiburan telah di adakan di samping jualan expo produk-produk tempatan dari perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perkhidmatan-perkhidmatan ejen pelancongan bagi mempromosikan package pelancongan dalam negeri Kenali Negara Kitani (KNK) turut terlibat sama dalam karnival tersebut.
Karnival itu juga turut di meriahkan lagi dengan bermacam-macam kegiatan permainan (games), Kuiz, peraduan melukis, acara berbalas pantun dan sebagainya. Saksikan lah sebahagian dari acara-acara yang sempat saya rakamkan di hari kedua karnival tersebut di adakan.....