13 December 2009

SECOND HAND ITEMS FOR SALE

Nikon 18-105mm VR ($450)
Nikon 18-70mm($250)
Nikon 18-135mm ($350)

Sigma ( for Canon ) Macro
1:2.8 (105mm) - ($480)

Nikon D60 with kit (18-105mm)-$600

All these items are still in top condition and rarely being used by the owner. So if you think the prices here suit you and you're really serious in buying it / them, please sms me at 8804804 for next transaction. Thank you.

12 December 2009

PESTA SUKAN DI PANTAI SERI KENANGAN


Bermacam-macam kegiatan telah di aturkan pada setiap hujung minggu di musim cuti persekolahan ini. Kita mendengar di sana sini di adakan karnival... pesta itu... pesta ini.... namun semua itu ada juga kebaikannya... sekurang-kurangnya ada juga segelintir orang kitani yang tidak pergi keluar negeri semata-mata untuk mengambil peluang untuk lebih mengenali negara kitani. Kelmarin (Ahad), bertempat di Pantai Seri Kenangan daerah Tutong, telah di adakan Pesta Sukan Pantai Daerah Tutong anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong.

Berbagai acara telah di sediakan di sepanjang hari pesta itu di adakan, antaranya perlawanan tarik kalat antara mukim-mukim, acara-acara sukan keluarga seperti acara larian berkeluarga dengan kaki terikat, peraduan mencari gula-gula dalam tepung, perlawanan Sepak Takraw dan perlawanan bola sepak pantai dan bermacam-macam lagi. Saksikan lah antara lain kegiatan-kegiatan yang sempat saya rakamkan di sebelah pagi..
Antara staff JBS yang terlibat Unik... perlawanan Tarik Kalat 'membelakangi' pihak lawan. Menghiburkan... acara mencari gula-gula dalam tepung Acara larian berkeluarga dengan kaki terikat

Manis... detik kemesraan antara seorang ayah dan anak nya.

Peraduan mengumpul gula-gula terbanyak

Dan yang ini.... tidak termasuk dalam acara ... dua Romeo beradu tenaga :)

11 December 2009

SEHARI DI BENGKEL YEO MOTOR

Sekiranya kenderaan absikita mengalami masalah / kerosakan sewaktu berada di lingkungan kawasan Pekan Tutong dan berhasrat ingin memperbaiki kerosakan tersebut, abiskita boleh bertanyakan orang-orang di sekeliling abiskita dimana letaknya kedai YEO MOTOR.... atau lebih popular di kenali sebagai kedai si GEMUK. Bagi abiskita yang belum tahu, YEO MOTOR berada di Unit A1-A3, Block A, Kompleks Sri Aman, Pekan Tutong.
Antara perkhidmatan yang di sajikan oleh YEO MOTOR ini termasuklah pekhidmatan penyelenggaraan / membaiki kereta, mengganti/memasang alat-alat ganti kereta, perkhidmatan mencuci kereta dan juga perkhidmatan Towing. Tenaga-tenaga kerja syarikat ini terdiri dari pekerja-pekerja mahir dan berpengalaman dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Syarikat ini di miliki sepenuhnya oleh pengusaha rakyat tempatan. YEO MOTOR boleh lah di katakan sebagai salah sebuah syarikat yang paling maju dan menjadi tumpuan utama pengguna-pengguna kenderaan di daerah Tutong ini.
Selamat Datang ke YEO MOTOR

Isteri pengusaha syarikat ini bertindak sebagai Pengurus kedai ini Ini lah dia Pengurus kedai ini...Ini... pembantu kepada Pengurus

Semua pekerja syarikat ini mempunyai pengalaman dan skills