12 July 2010

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN JEMAAH LELAKI BALAI IBADAT KG SENGKARAI TUTONG

TUTONG, Ahad, 11hb Julai 2010 - bertempat di Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong, telah di adakan Majlis Khatam Al-Qur'an bagi kira-kira 20 orang jemaah lelaki Balai Ibadat berkenaan yang telah berjaya menamatkan pengajian kelas Al-Qur'an mereka yang di adakan dua kali seminggu. Majlis tersebut juga di sempenakan dengan sambutan memperingati Israk Mikraj.
Menurut Pengerusi Majlis yang juga merupakan Ketua Imam Balai Ibadat berkenaan, Tuan Hj Hamaffi bin Md Yassin, majlis tersebut adalah merupakan kali pertama di adakan oleh Jawatankuasa Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong bagi peserta-peserta kelas Al-Qur'an balai ibadat berkenaan semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2007.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Tuan Hj Deli bin Hj Raya, siapa yang mengetuai bacaan surah Al-Fatihah di majlis tersebut. Turut hadir, Ketua Kg. Sengkarai, Awg Hj Abd Mumin bin Abd Razak, ahli-ahli jawatankuasa takmir Balai Ibadat Kg Sengkarai, para jemaah serta keluarga peserta-peserta yang di raikan. Majlis di serikan lagi dengan persembahan Marhaban oleh semua yang hadir.

31 May 2010

PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN KOPERASI

BRIDEX, Jerudong, 29hb Mei 2010 - telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Koperasi 2010-2015 dengan tema " Memasyarakatkan Budaya Berkoperasi ". Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
Majlis turut di hadiri oleh wakil-wakil koperasi dimana Buku Pelan Strategik Pembangunan Koperasi yang di lancarkan itu juga turut di agih-agihkan kepada semua wakil-wakil koperasi serta jemputan-jemputan khas yang hadir. Saksikan lah sebahagian dari aksi-aksi yang sempat di rakamkan pada hari tersebut.