22 July 2015

DI KAMAR ASING DAN SEPI INI

Di kamar asing dan sepi ini
Izinkan, jasad ku yang lemah ini tumpang berehat
Jiwa ku pasrah, berserah
Berharapkan ihsan bantuan dan kepakaran
Dari kamu kamu sang pakar, Jururawat dan Doktor
Ditangan tangan kamu lah letaknya keputusan
Ditangan tangan kamu lah letaknya pendirian

Di kamar asing dan sepi ini
Pelbagai kisah pernah bercerita
Ratusan drama tercipta di sini
Pernah datangnya dengan tawa, tapi kembalinya dengan duka
Pun ada yang datangnya dalam sengsara, namun kembalinya penuh bahagia
Bahagialah mereka yang keluar dari sini dengan penawar
Beruntunglah mereka yang menemui kebahagiaan di kamar ini
Tidak mungkin ingin ku mendiami lagi kamar asing ini
Tidak ku pinta untuk kemari lagi untuk kedua kali
Andainya aku di berikan pilihan
Kamar ini bukanlah destinasi yang ingin ku singgahi …


Nukilan :  Di Bilik No.5
               Ward Lelaki
               Hospital PMMPMHAMB Tutong
              13/09/2014


20 July 2015

KOLEKSI TONGKAT PERIBADI

Memakai tongkat adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW, para Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama muktabar zaman dahulu. Walaupun badannya masih segar dan dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat, beliau memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW yang perlu dijaga. 

Ketika itu, para ulama dan orang alim sudah tidak mau menggunakan tongkat sebagai alat untuk membantunya berjalan. Para pemimpin di seluruh dunia juga sudah tidak ada yang memakai tongkat.

Pada hari ini, perbuatan memakai tongkat sudah ditinggalkan. Malah orang yang lebih tua juga tidak mau memakai tongkat. Pada anggapan orang banyak, memakai tongkat adalah suatu kekurangan dan penghinaan, di samping tongkat merupakan sesuatu yang melemahkan jiwa dan pikiran.

Jika dilihat pada hukum Islam, memakai tongkat adalah disunatkan kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Orang yang berusia 40 tahun atau lebih, jika tidak memakai tongkat akan dikatakan sebagai orang yang sombong kepada Allah. Demikian maksud sebuah hadis qudsi.

Sebab itu, pada zaman Nabi SAW, sahabat dan setelah itu, mereka memakai tongkat sebagai suatu sunnah yang tidak dipersoalkan. Setiap orang yang mencapai usia 40 tahun, perkara pertama yang dilakukannya ialah memakai tongkat.

Perlu pula diketahui, para wali Allah itu senantiasa memakai tongkat ke mana pun mereka pergi. Tongkat itu kegunaannya bagi mereka, hanyalah sebagai suatu simbolik saja dan tidak mempunyai banyak keistimewaan lain. Mereka memakainya sebagai suatu sunnah yang perlu diikuti dengan hati yang ikhlas. Orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun kecil, akan diberi pahala oleh Allah. Apalagi jika dibuat dengan hati yang ikhlas.


Antara kayu kayu tongkat yang ada dalam koleksi termasuklah kayu malam, madang sisik, cendana, bidara,balian, Luz, sakang seribu, limpanas, tongkat Ali, gaharu dan lain-lain lagi.







CERITA MISTERI : PART 1





Kisah pertama yang akan saya kongsikan di sini ialah tentang peristiwa aneh yang di alami oleh sebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai 10 buah bilik termasuk dua bilik tamu dan sebuah dapur yang terletak di kampong M.

Isa (bukan nama sebenar), merupakan anak sulung kepada keluarga ini dan bertugas sebagai seorang pendidik. Dia menceritakan kepada saya yang pada satu tengahari ketika dia pulang dari bertugas, dia mendapati keadaan di rumahnya sunyi sepi sahaja dan pintu hadapan berkunci. Tanpa ragu-ragu, dia memasuki rumah tersebut menggunakan salinan kunci yang sememangnya ada padanya dan terus melangkah menuju ke bilik tidur nya yang terletak di tingkat atas. Sewaktu melintasi bilik adik perempuannya, dia nampak adiknya sedang berada di atas katilnya sambil menghadap televisyen. Bila di tanya kemana perginya yang lain, adiknya menjawab yang mereka semua telah pergi keluar. Ketika itu, sebab terlalu letih dan mengantuk, tidak langsung terlintas di fikirannya, kenapa adiknnya itu menghadap televisyen yang tidak di pasang. Berpuas hati dengan jawapan adiknya itu, Isa terus masuk berehat di biliknya sehingga tertidur.

Beliau di kejutkan dari tidurnya oleh bunyi deringan bell pintu yang bertalu-talu. Isa yang masih separa sedar, menjerit-jerit memanggil nama adiknya,  menyuruhnya membukakan pintu. Namun deringan bell terus sahaja berbunyi menyebabkan dia terpaksa bangun dan terus turun ke bawah bagi membukakan pintu.


Setelah pintu terbuka, kelihatan adik perempuan nya sedang berada di luar bersama dengan barang barang beliannya. Kerana merasa hairan, Isa lantas bertanya kepada adiknya, bila dia keluar shopping? Lantas adiknya menjawab yang beliau sejak pagi lagi sudah keluar bersama teman rapatnya, Salina. Jawapan tersebut membuatkan Isa terus terduduk di hadapan muka pintu.. sambal terpinga-pinga memikirkan…. Siapa kah perempuan yang dengannya berbicara tengahari tadi itu??

BAHAN-BAHAN MAINAN SIHIR / KHURAFAT

Antara barang-barang lama yang di khuatiri
mempunyai saka/khadam.



Air yang telah di jampi supaya orang
yang meminumnya merasa kasih/taat akan
apa jua perintah/arahan [pengasih/pemugai]

Antara azimat dan tangkal yang di serahkan oleh
pesakit kepada perawat untuk di matikan/batalkan. 

Antara minyak minyak yang di dakwa
digunakan untuk menghantar santau


Barang yang telah di sihir di temui di tanam
di halaman rumah.

Darah yang telah di sihir baru di temui di
tinggalkan sekian lama di salah sebuah rumah. 

Ibu kunyit yang telah di sihir di temui perawat
ditanam di halaman sebuah rumah. 

Antara barang-barang yang di gunakan untuk
menghantar santau.

Jarum yang berkarat antara barang barang
yang berjaya di keluarkan dari tubuh pesakit
mangsa sihir.

19 July 2015

AMANAT ALLAH BUAT KU



BERAYA ATU BERAYA JUA...HUKUM HAKAM TETAP DI JAGA...BARU BERKAT

    Beraya-beraya jua...hukum hakam tetap di jaga, semoga raya kitani di berkati ALLAH Taala. Kenali siapa mahram biskita, siapa yang boleh bersalam dengan kitani dan siapa yang inda boleh.
    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
    لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

    “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)





ANTARA KESAN TAPAK KAKI MAKHLUK HALUS YANG KEBETULAN DAPAT DI LIHAT DENGAN MATA KASAR


Kesan tapak kaki yang mempunyai empat (4) jari yang tidak di ketahui siapa pemiliknya tiba-tiba sahaja kelihatan di screen belakang kereta selesai sahaja kerja-kerja merawat
(mengguris) sebuah rumah di buat.



Kesan tapak-tapak kaki berukuran 6cm jelas kelihatan ketika membuat rawatan
ke salah sebuah bangunan pejabat. Besar kemungkinan tapak-tapak kaki tersebut 
adalah milik makhluk Toyol.

Kesan tapak kaki yang tiba tiba sahaja timbul di atas sofa di sebuah bilik
dimana di dalamnya baru sahaja selesai rawatan keatas seorang pesakit
gangguan di lakukan dan kesemua yang hadir ketika itu tidak ada yang tidak
memakai stokin.