ARCA
TAMAN SERI WARISAN EMAS
DEWAN SERI KENANGAN TUTONG
Salah satu hasil rekabentuk architecture yang menarik terdapat di daerah Tutong ialah Arca Taman Seri Warisan Emas yang di dirikan khas sempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan yang ke-60 tahun pada 15hb Julai 2006 iaitu sebagai pesambah daripada rakyat dan penduduk-penduduk di daerah Tutong sempena dengan keberangkatan KDYMM ke acara bersama rakyat di daerah Tutong pada 17hb Julai 2006.
Arca ini di dirikan berdekatan dengan Dewan Seri Kenangan, Bukit Bendera Tutong dan mudah di kunjungi oleh orang awam termasuk para pelancong yang berkunjung ke daerah Tutong.
Arca yang tesergam indah ini walaubagaimanapun kurang mendapat perhatian dari segi kerja-kerja pemeliharaannya ( maintenance works ) dari pihak-pihak yang berkenaan menyebabkan ianya kelihatan usang dan seolah-olah tidak di hargai.
No comments:
Post a Comment