28 August 2009

PELANCARAN SKIM ANAKKU BIJAK DUIT

Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong, 2 Ramadhan 1430/23hb Ogos 2009 - telah berlangsung Majlis Pelancaran Skim Anakku Bijak Duit projek inisiatif bersama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong dengan pihak Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) cawangan daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Tuan Haji Ahmad bin Hj Mohin, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong serta beberapa orang pegawai dari Bank BIBD cawangan daerah Tutong. Seramai lebih 30 orang ibu bapa / penjaga telah mendaftarkan anak-anak mereka bagi akaun tersebut dan lebih ramai lagi di jangka akan berbuat demikian selepas acara pelancaran pada hari itu. Menurut Tuan Imam Hj Hamaffi, yang juga Pengerusi majlis berkenaan bahawa antaralain tujuan skim itu di perkenalkan adalah bagi melatih anak-anak supaya suka menabung dan berjimat cermat untuk kegunaan mereka di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment