Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat dan seterusnya merasmikan Expo Pertanian dan Agri Makanan 2009 yang telah berlangsung pada 19hb November 2009 bertempat di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, Gadong.
Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Mateen.
Di Majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang yang berjaya dalam kategori yang di pertandingkan. Bagi bagi anugerah Pengusaha Berjaya, pemenangnya ialah Soon Lee Farm and Trading Sdn Bhd, seementara itu, Sahamada Corporation Sdn Bhd pula memenangi bagi kategori Pengusaha Berdaya Maju dan Chien Puong Chin pula berjaya memenangi anugerah bagi kategori Peladang Inovatif.
Baginda juga turut menyaksikan pameran-pameran yang turut di adakan di situ yang mempamerkan pameran Jabatan Pertanian yang mempamerkan mengenai dengan Pelan Strategik Jabatan Pertanian iaitu padi, pembangunan jenama halal, industri ternakan dan industri agrimakanan, pameran kaunter Klinik Pertanian dan AgriMakanan serta pameran jualan hasil pertanian serta agrimakanan yang disertai pengusaha tempatan dan antarabangsa yang di sertai oleh syarikat-syarikat tempatan dan juga dari luar negara.
Antara lain intisari titah KDYMM kelmarin, baginda berkenan untuk mengisytiharkan setiap 1hb November sebagai Hari Petani, Peladang, Penternak dan juga Nelayan. Banginda juga berkenaan untuk menukar nama Jabatan Pertanian yang ada pada waktu ini kepada JABATAN PERTANIAN DAN AGRO MAKANAN. Pameran tersebut adalah di bukakan kepada kunjungan orang ramai sehingga 30hb November 2009 ini.