Mesyuarat ke-31 Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN 2009 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN + 3 kali ke-9 telah berlangsung di Hotel Empire baru-baru ini.
Jabatan ku telah di lantik sebagai jawatankuasa Keselamatan dan Pengangkutan, satu tanggungjawab yang agak besar bagi acara yang bertaraf antarangbangsa seperti ini. Kesibukan telah bermula sejak hari Khamis, 5hb November 2009 lagi dengan kerja-kerja logistic. Ketibaan delegasi-delegasi dari negara-negara ASEAN pada hari-hari yang di jadualkan membuatkan para petugas kami tidak berpeluang untuk duduk diam, setiap saat pihak kami menerima pertanyaan dan permintaan dari Liason Officers yang di tugaskan bagi setiap negara.
Kesibukan semakin ketara menjelang tiba hari pelancaran pada 10hb November 2009, dimana hampir setiap pihak memerlukan kenderaan. Kerjasama yang di terima dari semua pihak, samada dari pihak pengurusan ( yang di pimpin oleh Hj Metassan, Murni dan yang lain-lain ), pihak L.O, pihak pengurusan JKR ( Hj Ahmat & team ), pihak pemandu serta pihak polis yang bertugas membuatkan pengendalian kerja-kerja berjalan dengan agak lancar. Saksikan sebahagian dari aksi-aksi para petugas sewaktu menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada mereka.
Kesibukan para pegawai bertugas di bahagian pengangkutan Raut-raut wajah stress para petugas tidak dapat di sembunyikan :)ORANG-ORANG KUAT jawatankuasa pengangkutan Mampu tersenyum semula di hari-hari terakhir Kesian.... baru terasa kepenatannya... Kalau kan tidur... tidur lah mata...
No comments:
Post a Comment