TUTONG, Ahad, 11hb Julai 2010 - bertempat di Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong, telah di adakan Majlis Khatam Al-Qur'an bagi kira-kira 20 orang jemaah lelaki Balai Ibadat berkenaan yang telah berjaya menamatkan pengajian kelas Al-Qur'an mereka yang di adakan dua kali seminggu. Majlis tersebut juga di sempenakan dengan sambutan memperingati Israk Mikraj.
Menurut Pengerusi Majlis yang juga merupakan Ketua Imam Balai Ibadat berkenaan, Tuan Hj Hamaffi bin Md Yassin, majlis tersebut adalah merupakan kali pertama di adakan oleh Jawatankuasa Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong bagi peserta-peserta kelas Al-Qur'an balai ibadat berkenaan semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2007.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Tuan Hj Deli bin Hj Raya, siapa yang mengetuai bacaan surah Al-Fatihah di majlis tersebut. Turut hadir, Ketua Kg. Sengkarai, Awg Hj Abd Mumin bin Abd Razak, ahli-ahli jawatankuasa takmir Balai Ibadat Kg Sengkarai, para jemaah serta keluarga peserta-peserta yang di raikan. Majlis di serikan lagi dengan persembahan Marhaban oleh semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment