26/12/2010 - Sekali lagi pada tahun ini, keluarga Allahyarham Awg Hj Taha bin Ahmad telah berjaya mengadakan Sukan Ria Hari Keluarga berkenaan. Pada kali ini, acara tersebut di adakan di Pantai Seri Kenangan, Tutong.
Lebih dari 50 orang yang terdiri dari isteri, anak-anak, cucu dan cicit Allahyarham telah menghadirkan diri di acara tersebut. Berbagai acara menarik telah di sediakan oleh jawatankuasa penganjur termasuklah acara sukan ria seperti berjalan di atas bata, lari dalam guni, meniup belon dan sebagainya. Juga tidak ketinggalan ialah permainan bauncer dan beach bike untuk ahli keluarga yang hadir. Acara turut di selitkan dengan upacara memotong kek harijadi oleh beberapa orang ahli keluarga yang hari jadi mereka jatuh pada bulan Disember 2010.
Di akhir acara, cabutan nombor-nombor bertuah dan juga penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang di adakan dimana bermacam-macam hadiah menarik telah disediakan oleh pihak jawatankuasa. Insyaallah, kegiatan seumpama ini akan terus di adakan demi mengeratkan lagi tali persaudaraan dikalangan ahli-ahli keluarga Allahyarham Hj Taha bin Ahmad.
No comments:
Post a Comment