Bila kita sebut Fotografi, dengan sendirinya kita akan terbayangkan gambar dan juga kamera, tidak kiralah kamera dari jenis apa, samada jenis Nikon, Canon, Olympus, Fuji dan sebagainya.
Jika 20 tahun yang lalu, bila kita bercakap fasal kamera dan fotografi, kita secara langsung akan membicarakan tentang gambar-gambar yang di hasilkan oleh juru-jurugambar dengan menggunakan kamera yang menggunakan Filem atau lebih di kenali dengan panggilan kodak yang juga mempunyai banyak jenis seperti Kodak, Konica, Fuji, Yashica dan sebagainya. Sesuai dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi yang kian pesat dan semakin canggih, dunia fotografi turut sama meniti arus perubahan zaman. Hari ini, semua itu menjadi sebahagian dari sejarah dimana kini terdapat pelbagai jenis Kamera Digital ( tanpa perlu menggunakan filem ) berada di pasaran dengan spesifikasi dan ciri-ciri keistimewaan yang berbeza. Apa yang lebih penting, kamera-kamera tersebut lebih mudah untuk di ‘operate’ atau di gunakan dan juga lebih User Friendly. Kecanggihan teknologi yang ada pada ini memberikan kemudahan kepada peminat-peminat fotografi dari segi kos, masa dan sebagainya.

Jika 20 tahun yang lalu, penggunaan kamera di kalangan masyarakat kitani seolah-olah hanya terhad kepada mereka-mereka yang menjadikan bidang fotografi sebagai sumber mata pencarian mereka sahaja, namun pada hari ini, keadaan tersebut sangat berbeza dimana, selain dari golongan-golongan professional yang saya nyatakan di atas tadi, penggemar-penggemar fotografi juga kebanyakannya terdiri dari kalangan belia remaja termasuklah penuntut-penuntut sekolah.
Samada kita sedari ataupun tidak, sejak beberapa tahun kebelakangan ini bidang fotografi telah menjadi semakin popular di kalangan masyarakat kitani, lebih-lebih lagi di kalangan golongan belia khususnya muda-mudi. Kegiatan fotografi yang sebelum ini hanya di monopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja, kini menjadi trend masa ini. Populariti kamera di kalangan muda-mudi, tidak terkecuali di kalangan penuntut-penuntut sekolah pada hari ini, boleh di katakan setaraf atau sama popularnya dengan populariti Hand Phone sewaktu ia mula-mula mendapat tempat di hati para muda-mudi di negara ini, satu ketika dulu.
Perhatikan saja di sekeliling kita, kita sering menyaksikan sekumpulan belia remaja yang sedang asyik mengambil gambar di sekitar kawasan bandar, mahupun di tempat-tempat awam seperti di pusat-pusat membeli belah, di Kg. Air dan di mana-mana tempat jua yang boleh di jadikan subjek fotografi mereka. Begitu juga sewaktu di adakan acara-acara resmi negara, kita dapat menyaksikan jumlah jurugambar-jurugambar bebas ( freelance photographer ) yang kian meningkat dari tahun kesetahun ( contohnya ; Hari Kebangsaan yang baru lalu ). Walaupun jenis atau jenama kamera yang mereka gunakan adalah berbeza di antara satu sama yang lain, apa yang pasti, mereka berkongsi satu persamaan.. itulah dia seni fotografi.
Kesimpulannya, fotografi adalah satu bidang seni yang sangat complex. Dengan kecanggihan teknologi semasa, bidang fotografi kini semakin mendapat tempat di hati golongan muda-belia khususnya golongan remaja. Ini di dorong lagi oleh satu lagi jenis 'hobby' terbaru yang unik yang di hasilkan dari gabungan dua kepakaran iaitu di bidang teknologi maklumat (IT) dan bidang fotografi digital .. itulah dia yang panggil sebagai PHOTO BLOGGING.
No comments:
Post a Comment