10 February 2009

PALING MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin, tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang rakyatnya yang malas. Semasa perhimpunan itu, seorang demi seorang rakyatnya mengaku bahawa mereka malas.

Amat: Sayalah yang paling malas.
Raja: Apa tahap malas awak?
Amat: Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi.
"Saya lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya. "Sampai mana pula tahap malas awak?"
Maka jawabnya: "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan."
Maka raja pun terdiam. Dalam hatinya berkata-kata sendiri, betapa malasnya lelaki ini.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya.
"Sayalah orang yang paling malas tuanku!"
Raja pun bertanya: "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?"

Budak itu pun menjawab: "Nak cerita pun malas"

No comments:

Post a Comment