28 July 2015

BUAH KEMBAYAU

Ada orang kata, kalau tampoknya nampak kuning, buah tu pasti lemak.








Ada orang suka letak garam ketika merebusnya..

Ada juga yang letak gula.

Masalahnya cuma...buah Kembayau ni ada musim, jadi kena tunggu ler.

26 July 2015

LEPAT UBI KAYU - KUIH KEGEMARAN KU









Biar macamanapun sedapnya kuih Lepat ubi yang ada di jual dimana
mana, ia tetap tidak akan dapat menandingi lepat buatan arwah mama.

BERHARI RAYA DI RUMAH KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH TUTONG


SUNGAI BASONG/26 JULAI 2015 - ALHAMDULILLAH, PADA TAHUN INI SAYA BERPELUANG UNTUK TURUR SAMA-SAMA HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA TUAN PEGAWAI DAERAH TUTONG, TUAN WARDI HJ MOHAMAD ALI  BERTEMPAT DI RUMAH KEDIAMAN BELIAU DI SUNGAI BASONG.



Bergambar bersama Tuan Penolong Pegawai Daerah Tutong, Tuan Hj Adnan

Bersama rakan karib Ustaz Pg Hj Radiman

Bersama  Pegawai Daerah Tutong, Tuan Wardi.

Acara berkayuh di Sungai Tutong 




Perahu yang mula mula sampai ke penamat... haha



BAJU T DAN POLO ANAK ANAK TUTONG UNTUK DI JUAL


BAJU-BAJU T DAN JUA POLO GROUP ANAK-ANAK TUTONG YANG BERMACAM SIZE KINI MASIH BOLEH DI BELI MELALUI ADMIN DI TALIAN 8804804 ATAU PUN DI KEDAI PHOTO STUDIO ROSE PHOTO KG PETANI, TUTONG.

HARGA BAGI BAJU T ADALAH $18.00 SAHAJA MANAKALA BAJU POLO BERHARGA $22.OO. SEKIAN HARAP MAKLUM.

T SHIRT HARGA $18.00

POLO SHIRT HARGA $22.00

25 July 2015

ANTARA POHON-POHON YANG DI GEMARI OLEH MAKHLUK-MAKHLUK HALUS

Selain dari tempat-tempat yang gelap, kotor dan tak berpenghuni, makhluk-makhluk halus juga di percayai gemar untuk tinggal, bersarang atau bermain pada beberapa jenis pohon, tanaman dan sebagainya. Di antara jenis jenis pohon yang di dakwa menjadi kegemaran makhluk-makhluk halus itu ialah ;

1. Pohon Beringin












2. Pohon Ara
















3. Pohon Saga


















4. Pohon Kapas




















5. Pohon Sukun
















6. Pohon Buluh


















7. Pohon Nangka


















8. Pohon Pisang


















9. Pohon Asam Jawa












10. Tanaman Orkid Hutan [ LUKUT ]


24 July 2015

CERITA MISTERI : Part 2


Kisah ini di ceritakan sendiri kepada saya oleh seorang rakan yang juga merupakan seorang pengamal  perubatan Islam. Tujuan kisah ini di kongsikan adalah semata-mata untuk di jadikan iktibar kepada kita semua bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali Tua dan Mati. Sebaik-baik ubat/penyembuh itu adalah AL QUR’AN, apa yang penting keikhlasan kita untuk berikhtiar dan keyakinan kita bahawa setiap penyakit itu adalah ujian yang datangnya dari Allah dan penyembuh/penawar bagi setiap penyakit itu adalah datangnya daripada Allah jua, BUKANNYA datangnya daripada dukun, bomoh serta makhluk-makhluk lain yang tidak punya sebarang kuasa untuk memberikan manafaat apatah lagi mudarat melainkan dengan izin dan kehendak Allah.

Kira kira tiga tahun yang lalu, rakan saya yang lebih di kenali dengan panggilan Ustaz R      ( bukan nama sebenar ) telah di hubungi oleh seorang yang bernama Awg Badul ( bukan nama sebenar ) yang meminta pertolongan beliau untuk merawat isterinya yang sakit tenat. Rumah mereka terletak di sebuah kampung yang agak terpencil, di kelilingi dengan hutan pulau buah. Walaubagaimanapun, sebagai memenuhi tanggungjawab beliau sebagai perawat, Ustaz R tanpa banyak soal, langsung pergi menuju ke alamat yang di berikan.
Setibanya Ustaz R di hadapan rumah kediaman mereka, Ustaz R sudah dapat menjangkakan yang penyakit yang akan di rawatnya kali itu bukannya penyakit ringan. Beliau di fahamkan yang isteri Awg Badul sudah lebih tiga (3) minggu menderita sakit dan tidak dapat bersuara walau telah di rawat oleh beberapa orang ‘pemandai’, namun belum ada yang berjaya menyembuhkan penyakit misteri tersebut. Sebelum Ustaz R memulakan rawatannya, beliau meminta Awg Badul menceritakan kepada beliau bagaimana penyakit isterinya bermula.                                                                                                            

Menurut Awg Badul, isterinya itu mula jatuh sakit selepas membawa balik sehelai rambut ganjil berwarna putih yang di temuinya ketika membersihkan kebun berhampiran dengan rumah mereka. Tambah Awg Badul lagi, pada petang hari itu iaitu ketika hujan panas baru berhenti, tiba-tiba muncul satu susuk lembaga yang berbadan besar dan tinggi, badannya di tutupi oleh kain kapan yang sudah agak kekuning kuningan. Lembaga itu betul betul berdiri di hadapan pintu dan hilang dalam sekelip mata.  Serentak dengan itu juga, isteri Awg Badul terus jatuh sakit sehingga tidak bermaya untuk bergerak dan bersuara. Merasakan yang kemunculan makhluk itu ada berkaitan dengan rambut putih yang di bawa balik isterinya,  Awg Badul mengambil keputusan untuk mengembalikan rambut tersebut ke kebun dimana ianya di temui sebelumnya.

Setelah mendengar penjelasan dari Awg Badul tersebut, dengan bertawakkal kepada Allah, Ustaz R meminta izin dari Awg Badul untuk merawat isterinya. Dari saat Ustaz memulakan bacaan rukyahnya dengan Ummul Qur’an iaitu Suratul Fatihah, isteri Awg Badul sudah mula menunjukkan tindak balas dengan muntah tanpa hentinya sehinggakan sampai ke satu tahap bilamana Ustaz terpaksa meminta Awg Badul menghulurkan kepadanya bekas baru bagi menyambut muntah isterinya.  Rawatan mengambil masa kira-kira 25 minit . Dengan kebesaran dan dengan izin Allah jua, isteri Awg Badul sudah mampu bersuara sejurus selesai rawatan di buat keatasnya…ALHAMDULILLAH.

Ustaz R meneruskan rawatannya dengan membacakan ayat-ayat rukyah kepada sekotak garam kasar dan kemudiannya menghamburkan garam tersebut di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah Awg Badul.  Sebelum meminta izin untuk pulang, Ustaz R sempat menyerahkan daun-daun bidara kepada isteri Awg Badul dan mengajarkan kepadanya bagaimana menggunakan daun-daun tersebut untuk mandian beliau selama tiga hari berturut-turut.

Isteri Awg Badul mentaati dan mengikut semua arahan dan amalan yang di ajarkan oleh Ustaz R kepadanya termasuklah untuk mandi bidara selama tiga hari. Selang beberapa hari selepas itu, Ustaz R telah di maklumkan yang pada hari ketiga selepas rawatan, satu kejadian luar biasa telah terjadi kepada keluarga tersebut dimana mereka mendapati beribu ekor lebah Tabuan mati di sekeliling rumahnya dan bukan setakat itu saja, Ustaz R juga di beritahu yang seekor lebah tabuan yang masih hidup telah berjaya di keluarkan dari hidung isterinya dengan bantuan suaminya, Awg Badul.
 
Alhamdulillah, semenjak kejadian itu, pasangan suami isteri tersebut hidup dengan penuh aman dan bebas dari sebarang gangguan dengan izin Allah.                                                

HONEST... THAT IS ALL MATTERS