Kira kira tiga tahun
yang lalu, rakan saya yang lebih di kenali dengan panggilan Ustaz R ( bukan nama sebenar ) telah di hubungi oleh
seorang yang bernama Awg Badul ( bukan nama sebenar ) yang meminta pertolongan
beliau untuk merawat isterinya yang sakit tenat. Rumah mereka terletak di
sebuah kampung yang agak terpencil, di kelilingi dengan hutan pulau buah. Walaubagaimanapun,
sebagai memenuhi tanggungjawab beliau sebagai perawat, Ustaz R tanpa banyak
soal, langsung pergi menuju ke alamat yang di berikan.
Setibanya Ustaz R di hadapan rumah kediaman mereka, Ustaz R sudah dapat
menjangkakan yang penyakit yang akan di rawatnya kali itu bukannya penyakit
ringan. Beliau di fahamkan yang isteri Awg Badul sudah lebih tiga (3) minggu menderita
sakit dan tidak dapat bersuara walau telah di rawat oleh beberapa orang
‘pemandai’, namun belum ada yang berjaya menyembuhkan penyakit misteri
tersebut. Sebelum Ustaz R memulakan rawatannya, beliau meminta Awg Badul menceritakan kepada beliau
bagaimana penyakit isterinya bermula.
Menurut Awg Badul, isterinya itu mula jatuh sakit selepas membawa balik sehelai rambut ganjil berwarna putih yang di temuinya ketika membersihkan kebun berhampiran dengan rumah mereka. Tambah Awg Badul lagi, pada petang hari itu iaitu ketika hujan panas baru berhenti, tiba-tiba muncul satu susuk lembaga yang berbadan besar dan tinggi, badannya di tutupi oleh kain kapan yang sudah agak kekuning kuningan. Lembaga itu betul betul berdiri di hadapan pintu dan hilang dalam sekelip mata. Serentak dengan itu juga, isteri Awg Badul terus jatuh sakit sehingga tidak bermaya untuk bergerak dan bersuara. Merasakan yang kemunculan makhluk itu ada berkaitan dengan rambut putih yang di bawa balik isterinya, Awg Badul mengambil keputusan untuk mengembalikan rambut tersebut ke kebun dimana ianya di temui sebelumnya.

Setelah mendengar penjelasan dari Awg Badul tersebut, dengan bertawakkal kepada Allah, Ustaz R meminta izin dari Awg Badul untuk merawat isterinya. Dari saat Ustaz memulakan bacaan rukyahnya dengan Ummul Qur’an iaitu Suratul Fatihah, isteri Awg Badul sudah mula menunjukkan tindak balas dengan muntah tanpa hentinya sehinggakan sampai ke satu tahap bilamana Ustaz terpaksa meminta Awg Badul menghulurkan kepadanya bekas baru bagi menyambut muntah isterinya. Rawatan mengambil masa kira-kira 25 minit . Dengan kebesaran dan dengan izin Allah jua, isteri Awg Badul sudah mampu bersuara sejurus selesai rawatan di buat keatasnya…ALHAMDULILLAH.
Ustaz R meneruskan rawatannya dengan membacakan ayat-ayat rukyah kepada sekotak garam kasar dan kemudiannya menghamburkan garam tersebut di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah Awg Badul. Sebelum meminta izin untuk pulang, Ustaz R sempat menyerahkan daun-daun bidara kepada isteri Awg Badul dan mengajarkan kepadanya bagaimana menggunakan daun-daun tersebut untuk mandian beliau selama tiga hari berturut-turut.
Isteri Awg Badul mentaati dan mengikut semua arahan dan amalan yang di ajarkan oleh Ustaz R kepadanya termasuklah untuk mandi bidara selama tiga hari. Selang beberapa hari selepas itu, Ustaz R telah di maklumkan yang pada hari ketiga selepas rawatan, satu kejadian luar biasa telah terjadi kepada keluarga tersebut dimana mereka mendapati beribu ekor lebah Tabuan mati di sekeliling rumahnya dan bukan setakat itu saja, Ustaz R juga di beritahu yang seekor lebah tabuan yang masih hidup telah berjaya di keluarkan dari hidung isterinya dengan bantuan suaminya, Awg Badul.
Alhamdulillah, semenjak kejadian itu, pasangan suami isteri tersebut hidup dengan penuh aman dan bebas dari sebarang gangguan dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment