20 July 2015

CERITA MISTERI : PART 1





Kisah pertama yang akan saya kongsikan di sini ialah tentang peristiwa aneh yang di alami oleh sebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai 10 buah bilik termasuk dua bilik tamu dan sebuah dapur yang terletak di kampong M.

Isa (bukan nama sebenar), merupakan anak sulung kepada keluarga ini dan bertugas sebagai seorang pendidik. Dia menceritakan kepada saya yang pada satu tengahari ketika dia pulang dari bertugas, dia mendapati keadaan di rumahnya sunyi sepi sahaja dan pintu hadapan berkunci. Tanpa ragu-ragu, dia memasuki rumah tersebut menggunakan salinan kunci yang sememangnya ada padanya dan terus melangkah menuju ke bilik tidur nya yang terletak di tingkat atas. Sewaktu melintasi bilik adik perempuannya, dia nampak adiknya sedang berada di atas katilnya sambil menghadap televisyen. Bila di tanya kemana perginya yang lain, adiknya menjawab yang mereka semua telah pergi keluar. Ketika itu, sebab terlalu letih dan mengantuk, tidak langsung terlintas di fikirannya, kenapa adiknnya itu menghadap televisyen yang tidak di pasang. Berpuas hati dengan jawapan adiknya itu, Isa terus masuk berehat di biliknya sehingga tertidur.

Beliau di kejutkan dari tidurnya oleh bunyi deringan bell pintu yang bertalu-talu. Isa yang masih separa sedar, menjerit-jerit memanggil nama adiknya,  menyuruhnya membukakan pintu. Namun deringan bell terus sahaja berbunyi menyebabkan dia terpaksa bangun dan terus turun ke bawah bagi membukakan pintu.


Setelah pintu terbuka, kelihatan adik perempuan nya sedang berada di luar bersama dengan barang barang beliannya. Kerana merasa hairan, Isa lantas bertanya kepada adiknya, bila dia keluar shopping? Lantas adiknya menjawab yang beliau sejak pagi lagi sudah keluar bersama teman rapatnya, Salina. Jawapan tersebut membuatkan Isa terus terduduk di hadapan muka pintu.. sambal terpinga-pinga memikirkan…. Siapa kah perempuan yang dengannya berbicara tengahari tadi itu??

No comments:

Post a Comment