Sebuah Group yang bergerak aktif di laman sosial Facebook sehingga ke hari ini mempunyai seramai 3,643 orang ahli yang majoritinya terdiri daripada anak anak jati daerah Tutong daripada pelbagai suku kaum, seperti Melayu Tutong, Melayu Kedayan, Melayu Dusun dan juga puak Iban. Ahli ahlinya yang adalah terdiri dari segenap lapisan umur, dari peringkat anak muda remaja membawa kepada golongan warga emas.
Tujuan group ini di tubuhkan adalah semata-mata untuk menyatu padukan kesemua waris waris bangsa Tutong tidak mengira pangkat kedudukan, ugama dan keturunan walau dimana jua mereka berada.
Khusus buat semua rakan-rakan di Anak Anak Tutong," berbangga lah dengan asal usul kitani, bangsa Tutong. Pertahankan segala nilai-nilai murni, adat dan budaya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Elakkan sama sekali perpecahan atau persengketaan diantara sesama kitani kerana kitani semuanya adalah bersaudara, sama-sama berasal dari satu rumpun, satu keluarga besar... PUAK TUTONG."
Baju Polo Anak Anak Tutong
MUG ANAK ANAK TUTONG
No comments:
Post a Comment