Ku
susun ayat-ayat menjadi puisi
Hadir
terus dari luahan hati
Guna
melayan suasana sepi
Untuk
menghibur hati sendiri
Pelbagai
cetusan rasa sudah ku cipta
Kisah
suka, duka dan juga bahagia
Semua
itu bagi ku karya semata-mata
Cara ku
mengisi masa yang tersisa
Maaf
andai ada yang tak suka
Bukan
maksud untuk menyindir sesiapa
Ku sekadar ingin berkarya
Di
ruangan bisu tanpa suara
No comments:
Post a Comment