01 August 2015

KISAH MISTERI 3

Faris ( bukan nama sebenar ) bersama isterinya ( Marisa ) serta dua orang anak mereka merasa sangat gembira sekali setelah di berikan kebenaran untuk mendiami unit kosong di tingkat dua flat setinggi tiga tingkat itu. Meskipun cuma ada keluarga mereka sahaja yang mendiami unit di tingkat dua itu sementara di tingkat satu dan tingkat dua masih kosong, tidak berpenghuni.. itu tidak pernah merisaukan mereka, lagipun abang Marisa juga tinggal di flat yang berhampiran dengan mereka.
Namun kegembiraan keluarga itu tergugat oleh satu kejadian aneh yang berlaku pada satu hari. Pada petang hari Ahad itu, seperti biasa keluarga ini menikmati waktu santai bersama sambil menonton rancangan televisyen. Dalam suasana yang riang itu, Faris mengambil handphonenya dan mula merakamkan aski anak-anaknya dan isteri nya pada ketika itu, tiba-tiba… ketika Faris merakamkan aksi manja isteri kesayangannya itu, dia ternampak rambut isterinya di belakang, terangkat keatas seolah olah ianya d sedang di belai oleh seseorang pada ketika itu. Faris tersentak, dia pada mulanya tidak mahu memberitahu perkara ini kepada isterinya akan tetapi setelah dia menunjukkan clip video itu kepada kedua mertuanya dan juga abang iparnya, barulah Faris berani berbuat demikian. Atas nasihat ahli keluarga yang terdekat, Faris membawa isterinya berubat dengan ‘orang pemandai’ di sebuah kampong tapi menurut Faris, selepas beberapa hari berubat dengan ‘orang pemandai’ tersebut, ternyata keadaan isterinya semakin teruk, Marisa sudah kerap kerasukan apatah lagi bila di tinggalkan berseorangan. Bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak di ingini, Faris membawa kedua ibu bapanya tinggal bersama mereka buat sementara.
Pada minggu berikutnya, ibu Faris telah menghubungi seorang pengamal perubatan Islam yang di kenali dengan nama Ustaz R ( bukan nama sebenar), siapa yang bersetuju untuk membantu merawat menantunya itu. Atas permintaan Ustaz R, beliau dan seorang lagi rakannya akan terlebih dahulu merawat unit tempat tinggal Faris itu dan meminta agar isterinya tidak berada di sana ketika rawatan itu dibuat. Setelah Ustaz R dan rakannya selesai merawat unit tempat tinggal mereka itu, baru lah beliau meminta supaya Faris membawa isterinya kembali kesana untuk di rawat.
Keadaan tiba-tiba bertukar menjadi tegang setibanya Marisa kesana, dia berkeras tidak mahu melangkah masuk ke dalam dan bertukar menjadi sangat agresif (kerasukan). Bagaimanapun, dengan bantuan kedua ibu bapa Faris dan rakan Ustaz R, Marisa akhirnya dapat jua di bawa masuk dan di dudukkan di hadapan Ustaz R. Biarpun Marisa masih bertindak agresif serta mengejek ngejek, Ustaz R tetap saja menumpukan sepenuh perhatiannya bagi merukyah Marisa. Apa yang aneh, di sepanjang Ustaz R merawat Marisa tersebut, jelas kedengaran pintu dan jendela unit kosong di tingkat atas dan di tingkat bawah, berdentam dentum tanpa hentinya seperti ada penghuninya yang sangat marah dan mengamuk keadaannya.
Ustaz R mengambil masa kira-kira lebih dua jam merawat Marisa. Hampir separuh dari masa tersebut di habiskan beliau dengan berdialog bersama makhluk Jin yang menamakan dirinya Aprit yang memasuki jasad Marisa itu. Dari apa yang di fahamkan, jin tersebut telah lama jatuh cinta kepada Marisa iaitu sejak hari pertama mereka berpindah ke flat itu lagi. Ini di burukkan lagi dengan sikap Marisa yang gemar sekali berpakaian sexy ketika berada di rumah. Pengakuan jin itu di dengar sendiri oleh Faris serta semua yang hadir pada ketika itu.
Alhamdulillah dengan kebesaran dan keagungan Allah, biarpun pada mulanya, Ustaz R berhadapan dengan sedikit kesukaran sehingga memakan masa yang agak lama, namun di penghujungnya, beliau berjaya memujuk Jin tersebut untuk bertaubat dan seterusnya mengajaknya memasuki ugama Islam sebelum ia keluar meninggalkan jasad Marisa dengan memberi salam.
Moral of the story, makhluk makhluk halus atau Jin sangat gemar dan tertarik kepada wanita-wanita yang berpakaian sexy dan mendedahkan aurat, TIDAK TERKECUALI isteri-isteri orang. Ini adalah kisah nyata, di kongsikan semoga ianya dapat memberikan manafaat kepada kita semua yang membacanya. Allah itu maha melihat setiap perbuatan yang kita perbuat samada secara terang terangan apatah lagi secara tersembunyi.               

No comments:

Post a Comment